Monday, January 5, 2009

SALAM TAHUN BARU...

Salam tahun baru kepada semua sahabat-sahabiah... Alhamdulillah, Allah masih memberi kita ruang dan peluang untuk menambah amalan kita sementara pengembaraan kita belum tamat di dunia ini...

Bermulanya azam baru juga sinonim dengan bermula juga azam baru. Azam lama macam mana pula kalau belum tercapai? Di sini kita boleh renungi semula, adakah salah diri sendiri menyebabkan azam itu tidak tercapai?

Sama-sama kita renung dan muhasabah diri masing-masing, mungkin selama ini kita leka dengan nikmat yang Allah telah beri sehingga kita lari dari matlamat hidup sebagai hambaNYA.Fitrah manusia yang cepat lupa dan lalai, kerana itu kita harus muhasabah diri sentiasa untuk menilai kembali segala yang kita lakukan adakah jauh dari syariatNYA.

No comments: