Thursday, February 12, 2009

Innallaha Ma'ana


Bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu,
Kerana dialah yang menabahkan hatimu.

Bersyukur kepada orang yang menipu kamu,

Kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kamu.

Bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu,

Kerana dialah orang yang memupuk berdikari kamu.

Bersyukur kepada orang yang menjatuhkan kamu,

Kerana dialah yang memperhebat abiliti kamu.

Bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu,

Kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.


Dan ingatlah bahawa semua itu dari Allah, Dialah yang menjadikan manusia sebagai teguran/ penyampai kepada manusia yang lain. Semua yang berlaku ada hikmahnya, pandanglah ia melalui pandangan hati yang boleh menilai baik buruknya apa yang terjadi. Lumrah hidup, tiada yang indah di pandangan mata. Lumrah gidup jua perlunya usaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Lumrah hidup jua kita tidak boleh puaskan hati semua pihak.

Jika Allah sayang seseorang, Allah bagi iman,
Jika Allah sayang lagi, Allah bagi kekuatan untuk beramal dengan sempurna,

Jika Allah sayang lagi, Allah akan susahkan hambaNYA dalam hidupnya terutama dalam urusan menjaga dan menegakkan agama...



1 comment:

ell_elyana88 said...

salam...

dilla kan ni??? nurfadilla...is it??

ka ada dilla lain...hehehe...