Wednesday, October 8, 2008

AYUH TERUSKAN...


Sebagai seorang insan yang sememangnya dilontarkan sifat bertuhan, kadang-kadang terlintas di fikiran. "Apakah kesudahan hidupku? Adakah baik ataupun sebaliknya? Adakah cukup amalku untuk ku persembahkan di hadapan Allah di akhirat kelak?" Bersyukurlah sekiranya ianya masih terdetik dalam fikiran kita dan lakukan pembaikan melaluinya. Itulah hidayah daripadaNYA, yang sentiasa menyayangi hamba-hambaNYA yang sentiasa ingin bertaubat.

Renungilah diri kita yang telah hidup puluhan tahun di dunia ini, apa yang telah kita sumbangkan untuk diri, masyarakat dan agama kita sendiri? Amanah khalifah yang telah Allah berikan kepada kita, adakah kita telah jalankan dengan sebaiknya?

Kehidupan seorang hamba yang sememangnya harus sentiasa patuh pada arahan tuannya. Begitulah kehidupan kita yang merupakan hamba kepada Allah, sememangnya ada masa kita lalai kerana itulah fitrah semua manusia. Sekiranya dikenang kembali 'gaji' yang telah Allah berikan kepada kita, sememangnya lebih daripada apa yang kita telah lakukan keranaNYA


Jadikanlah pemergian sahabat kita sebagai salah satu pengajaran dan muhasabah kepada kita untuk meneruskan perjuangan di bumi ums ini. Lakukan anjakan paradigma pada diri untuk meningkatkan ibadah yang bakal kita persembahkan di hadapanNYA kelak, kerana kita tidak tahu ajal kita bila akan datang...

2 comments:

Muslimin Agung said...

Anggaplah pemergian arwah sbg salah satu mehnah dlm pjalanan pjuangan yg kita dokongi ini. Kita yg masih hidup harus terus beramal utk memastikan kita mampu bertemu semula di Taman Firdausi kelak.

"Ya ALlah, ampunkan dosa-dosa kami dan masukkan kami ke dalam golongan hamba-Mu yang beroleh rahmat" Amin...

nur_Mahasiswa said...

Salam Ziarah...

Yang pergi tetap pergi tapi kita yang masih hidup mesti teruskan hidup dan membawa perjuangan bersama.

Sudah asam garam dalam perjuangan ada tika kita berduka ada masa kita tawa tetapi itulah hakikat perjuangan.

Tenangkan adik-beradik y laen kuatkan semangat mereka agar menerima hakikat pemergian Allahyarhamah.

Terus istiqamah dalam perjuangan.
Ingatlah kita juga bakal menyusul menemui ILLAHI.