Saturday, July 25, 2009

...

Bismillahirrahmanirahim....

Assalamualaikum...

Pertama-tama dan selama-lamanya, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat iman dan Islam yang masih kekal dalam hati dan diri ini dan juga sahabat-sahabat seperjuangan. Juga nikmat kekuatan dan kesihatan yang masih mengalir dalam diri untuk terus bergerak di atas bumiNYA ini.

Bergerak sehingga hari ini di kampus, banyak perkara yang dilalui. Yang terbaru Pembangunan Modal Insan (PMI). Program khas untuk membentuk adik-adik yang baru mengenal dunia kampus. Salah satu program yang banyak mendidik dan juga merupakan permulaan @ titik kepada penyatuan hati adik-adik untuk lebih dekat kepada Islam.

Melihat PMI kali ini, penyertaan daripada pelajar tahun satu memberangsangkan tetapi tidak seramai tahun lalu. Melihat kepada kuantiti peserta tidak pernah melemahkan AJK untuk meneruskan pengisian dan aktiviti yang telah dirancang. Pengisian yang memberi impak yang positif dari segi dalaman @ rohaniah bagi individu yang dapat menilai melalui mata hati.

Walaupun terdapat pihak yang kurang berpuas hati dengan program, tapi ambillah pengajaran yang dapat kita pelajari daripada apa yang cuba disampaikan oleh pihak penganjur. Program sebegini sememangnya program yang banyak sangat cabaran untuk dilaksanakan di peringkat kampus, tetapi ingatlah dalam menggapai sesuatu yang indah kita semua perlukan pengorbanan.

Kepada semua adik-adik yang telah terpilih untuk menjadi ahli DIMAN, istiqamah dalam usrah adik-adik. Kalau adik-adik dapat hayati konsep usrah, insyaALLAH semua itu dapat membantu adik-adik di masa akan datang.