Wednesday, January 27, 2010

AKU RELA...

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta

Biarku tanggung rasa derita
Asalkan agama, selamat akhirnya
Yang membantah, hanya berfalsafah
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan
Lalu kebenaran disingkirkan
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini, aku bahagia

Kerana...
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga


YA ALLAH, Engkau kuatkan hati kami untuk terus berjuang di jalanMU... Berikan kami hidayah dan kekuatan untuk terus berada dalam perjuangan ini... Bukakan pintu hati semua insan yang bersama kami untuk mengenal perjuangan ini... Permudahkan bagi kami semua urusan duniawi kami, agar menjadi timbangan yang baik di akhirat kelak... Amiin...

Thursday, January 21, 2010

JANGAN TINGGALKAN...

ASSALAMUALAIKUM... SALAM MAHABBAH...

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk update blog... Selama-lamanya bersyukur kepada pemilik jiwa ini, dengan nikmat iman yang dihidayahkan pada diri yang hina ini... Saya tertarik untuk post hasil kuliah maghrib yang penulis dapat baru-baru ini... Berkenaan dengan ibadah, yang mana jika kita ingin lakukannya mestilah dengan ilmu, bukan dengan ikut-ikutan sahaja kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.

Ibadah yang ingin disentuh adalah ibadah fardhu seorang yang mengaku Islam iaitu SOLAT... yang dibincangakan oleh Ustaz pada ketika itu adalah hukum meninggalkan solat secara sengaja mahupun tidak.

Hukum tinggalkan solat:
1) Dengan sengaja- iaitu seseorang yang mengingkari perintah Allah ataupun mempersendakan kewajipan solat seperti berkata: Solat hanya membuang masa dan sebagainya..
Hukumnya kafir dan murtad. Pemerintah Islam wajib menyuruhnya untuk bertaubat, sekiranya dia tidak ingin bertaubat, darahnya halal untuk dibunuh, setelah itu jenazahnya tidak boleh diuruskan seperti jenazah orang Islam dan jenazahnya tidak boleh dikuburkan di tanah perkuburan Islam.


2) Dengan tidak sengaja- iaitu kerana malas tetapi dia tidak mengingkari perintah solat dan tidak mempersendakan perintah solat. Contoh paling selalu berlaku ketika waktu subuh, melewat-lewatkan bangun sehingga terlepas waktu subuh. Hukumnya fasikh, sekiranya ianya berterusan, pemerintah Islam wajib menyuruh mengqada'kan solatnya yang telah ditinggalkan dan taubat nasuha. Sekiranya dia tidak ingin mengqada'kan solatnya dan bertaubat, dia dikenakan hukum bunuh sebagai hukum hudud, ini disebabkan dia menderhaka terhadap hukum Islam yang telah diperintahkan. Jenazahnya diuruskan seperti seorang muslim.

Terdapat juga dua keadaan meninggalkan solat dengan tidak sengaja yang mewajibkannya untuk qada' sahaja iaitu:
1) Terlupa- kerana sibuk melakukan sesuatu perkara sehingga betul-betul terlupa untuk solat.
2) Tertidur- tertidur sebelum masuk waktu solat tetapi hanya tersedar apabila masuk waktu seterusnya.

Sebagai seorang muslim yang sedar akan kewajipan solat, kita tidak boleh sengaja untuk meninggalkannya. Amat besar dosanya sekiranya kita meninggalkannya.

Sekadar perkongsian dan peringatan bersama buat diri dan semua sahabat...