Sunday, November 16, 2008

Ikhlas Dariku...


Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai kubermadah pujangga

Jika ada benci di hati
Oh katakanlah padaku
Relaku terima walau kutukan
Asalkan aqidah terjaga

Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan dustur Ilahi
Hakikat hati tak terluka
Walau zahirnya ada yang ketawa

Tuhan kumohon keampunan
Ketelanjuran yang berulang kali
Teman kita paterikan di sini
Berakhir sebuah lamunan duniawi
Terima syukur taufiq Ilahi

-Akhil Hayy-

1 comment:

Muslimin Agung said...

Salam Wasilah Ukhuah Fillah

Lirik lagu ni memang sesuai untuk semua golongan generasi tanpa membezakan fikrah politik dan dimensi perjuangan. Jika kita ikhlas dalam beramal, insya ALlah yang sukar menjadi mudah, yang kelam menjadi terang. Selamat Beramal.