Friday, June 26, 2009

CORETAN RINGKAS...

Assalamualaikum W.B.T...

Kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini walaupun dah sebulan tak update, syukran... Salam kembali kepada semua sahabat-sahabat yang telah kembali ke kampus masing-masing, samada di UMS (kampus tercinta) atau di mana-mana sahaja tempat kita meneruskan perjuangan mencari ilmu Allah...

Sekembalinya saya ke kampus, rasa gembira dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang sebulan tak berjumpa... Berkongsi bersama pengalaman sepanjang cuti sebulan yang mana memberikan pengalaman dan menambahkan ilmu yang berbeza bagi semua sahabat...

Salah satu nikmat yang saya amat syukuri, nikmat bersama sahabat seperjuangan. Sahabat yang bila mana kita berada dalam susah, mereka bersama-sama dan bila mana kita berada dalam gembira, mereka juga meraikan bersama. Dan nikmat inilah yang saya perolehi di kampus tercinta bersama-sama sahabat yang lain.

Terkenang akan kakanda kami yang telah kembali kepadaNYA di kala kami masih memerlukannya. Allahyarhamah Siti Aisyah Bakri (Al Fatihah), yang merupakan senior di sekolah menengah dan di matrikulasi dan bersama-sama menjejakkan kaki ke UMS untuk menambah ilmu Ilahi. Walaupun telah hampir setahun permergiannya, kebersamaan tetap kami rasai. Salah satu nikmat yang amat disyukuri.

Kepada sahabat-sahabiah, rakan seperjuangan terima kasih atas segala kasih sayang dan segala ilmu yang telah dicurahkan... Dan jutaan kemaafan dipohon atas perbuatan diri yang kurang menyenangkan sehinggakan menimbulkan kesan sakit di hati... Kepada sahabat-sahabiah juga andai ada perbuatan yang saya lakukan jauh dari syariatNYA dan yang memberi fitnah kepada agama, tegur dan didiklah saya... Diri ini amat memerlukan pertolongan sahabat semua...

2 comments:

Ameen Muslim said...

assalamualaikum...

akhi ni bekas ketua lajnah kebajikan ak irfan mcm sy jugak kan? harap sy tak silap org...

akhi, cemburu rasanya dgr kehidupan ukhuwah di universiti. sgt berbeza dgn kehidupan di training school yg amat ketandusan ukhuwah tetapi sgt subur dgn penyakit hati.

walaupun catatan akhi ringkas, tapi luahan rindu akhi dgn teman seperjuangan cukup mmberi gambaran keakraban di ipt. malang seribu kali malang, hanya segelintir di tempat sy belajar yg memupuk ukhuwah yg diteraskan dgn islam.

p/s: doakn tempat belajar sy ni METC (MAS engineering training centre). ini bkn ipt, tapi training skol.

wallahu 'alam!

Faranaqwiah said...

salam...
syukran dik...
tpi adik silap org...

dlu ana ktua ljnah penerbitn tuk muslimat...
sahabat kpd kakak nta jgak...

memang tak dinafikan, ukhuwah krnNYA amat indah...
InsyaALLAH adik akan jmp sahabat yg dapt bnt perjuangan kita untuk bangunkan Islam...

Teruskan perjuangan...